Lets Search ^^

Showing posts with label veterinar. Show all posts
Showing posts with label veterinar. Show all posts

09 October 2012

Bila jumpa Vet...

Bila pergi bawak ke Vet.. macam2 la perangai yang kuar.. hehehe..

haritu bawak HaeBi pergi cucuk vaksin tahunan.. bulan 8 haritu.. dah 2 bulan baru nk tulis kat blog.. haha.. :P

HeeBum pulak cucuk vaksin tahunan die bulan 9.. baru2 ni je.. so gambar adalah di lain2 waktu,masa dan keadaan.. lokasi aja yang sama...

Alhamdulillah, so far tahap kesihatan semua memuaskan.. hehe
HaeBi di kala usia 1 tahun 4 bulan berat adalah 5.6kg.. aigoo.. patut la eomma da x terdaya mendukungnya..
pastu telinga ada gatal sikit.. dapat la ubat sapu... hehe..

ubat sapu si HaeBi.. 


kad vaksin :D

dan ini lah doktornya....

hehehe.. ni budak perasan nk jadi doktor je... dia masa inject, timbang berat semua ok.. cuma die berjalan satu klinik tu.. kepochi betol.. sekali masa bagi ubat cacing.. bersilat semua orang.. eomma peluk, doktor bagi makan ubat.. ubat cacing ni bagi ikot berat.. sbb Haebi berat so, merasa la makan 1 biji stgh.. doktor kerat setengah2.. so tiga kali la bersilat..
gigih nak peluk dia satu hal sbb dia besar x muat satu pelukan tu.. so, dapat la dia kuarkn kaki, tangan.. berpuluh2 kali la doktor masukkn ubat dia luah, doktor masukkn.. dia luah.. smpi berpeluh2.. sabar je la.. nasib baik berjaya.. hehehe..


HeeBum plak die dok diam je... baik sangaaattt.. tapi awal2 la.. hehee.. maka, gmbar dia ada lagi byk dari haebi.. gmbr haebi tu je la sekeping.. hahah..

tengah cool lagi ni..

ni masa timbang berat.. 4.95kg.. ringan 0.6 kg dari si HaeBi..
walaupun lagi ringan.. heebum da nk masuk kategori berat terlebih.. 
sbb bone structure die lagi kecik dr si HaeBi.. makanya HaeBi adalah boleh lagi memberat.. 0___0

so, heebum mari la kite diet besama.. kekekekeke..


tapi, sekejap je cool si HeeBum tu.. bila nampak doktor.. pastu eomma da dukung dia naik atas meja tu.. dia da suspicious da.. mencecet lari nk masuk dalam carrier.. malangnya heebum, eomma adalah lebih cerdik dr awak.. maka, telah di lock pintu carrier tu terlebih dahulu.. haha.. so, sila la bersedia di cucuk vaksin.. :D


inject heebum and kasik ubat cacing senang je.. cuma dia hissing sket la.. marah.. kekekeke.. eomma pegang badan n grab tengkuk dia, doktor inject and pembntu doktor tolong gosok kepala sbb nak bagi die cool.. hehehe..


ok sekian laporan lawatan ke vet... :D


love,
Eomma..

11 August 2011

Pergi Vet / Klinik Haiwan

Harini Eomma pergi Vet bawak HaeBi untuk cucuk vaksin kedua dia.. selepas sebulan HaeBi cucuk vaksin first.. so, kenala cucuk yang second pulak.. lepas ni baru setahun sekali.. hehe..

ni pun da lambat 3 hari.. patutnya hari isnin.. Sorry ye HaeBi.. Eomma bizi...

Bawak sekali HeeBum untuk cucuk gatal punya follow-up..


ni kad vaksin budak2 tu...


hehehe.. salah tulis tu.. patut kt spesies kena tulis Feline..
kat breed baru la tulis DLH or DMH..

DLH : Domestic Long Hair and DMH : Domestic Medium Hair..
kalau satu lagi DSH : Domestic Short Hair.

Masa mula-mula Eomma dapat kad vaksin ni.. punya la ekcited nak tulis.. hehee.. macam nak daftar nama anak pulak.. hehe.. ye la.. dulu2 masa x banyak tahu pasal meow2 ni.. just bawak meow2 yang terdahulu tu cucuk cacing aje dan amik vitamin.. mana la nak ada kad2 mcm ni..

sekarang da banyak info tahu, dah berkemampuan sikit maka boleh lah nak vaksin dan macam2 lagi..

 sekali lagi HaeBi akan kena cucuk.. tahun depan bulan 8.. :D

HeeBum pulak bulan 9 nanti...

berbalik pada kisah gatal si HeeBum ni.. minggu lepas punya lepas, dia sibuk la dok menggaru belakang telinga.. Eomma belek2.. x nampak pulak kutunya.. tp mandi kan dgn shampoo kutu.. HeeBum bergaru sampai naik luka.. aigoo.. sebelum melarat.. cepat2 bawak pergi vet.. susah hati tgk luka dia tu.. :S

Haritu bawak, pembntu keshtn tu kata dia gatal mybe sebab hama.. so kena la cucuk... x mahal.. RM 5 aje kalau buat kt vet government.. cucuk ni dia pedih sikit.. sian HeeBum.. tp sebab nak sihat maka kena la cucuk ye syg.. :D

HeeBum sejak-sejak dia lepas kene neuter.. asal bawak je dia dlm bilik tu.. terus hissing.. aigoo. sian.. fobia agaknya...

2 mnggu haritu masa bwk cucuk first gatal pun dia hissing and harini masa bwk untuk cucuk followup gatal ni pun dia hissing jgk... HaeBi pun dia marah.. huhu.. jenuh la peluk2 pujuk2 bagi dia bertenang.. nak2 cucuk gatal ni doc kata pedih sikit dalam setengah jam..

Gambar bawah ni masa mula2 luka dekat belakang telinga dia.. yang warna kuning tu.. ubat vet bagi suruh sapu kat luka.. bagi cepat sembuh..




Sekarang ni luka dah ok.. HeeBum pun da x menggaru sekritikal dulu.. tp, Eomma bawak jugak dia cucuk followup sebab vet tu kata.. lagi better untuk cucuk lagi sekali.. hee.. so, kita follow apa vet kata.. :D

Nak tahu kebaikan Vaksin? Rujuk balik entri yang Eomma cerita masa bawak HaeBi pergi vaksin kali pertama dekat SINI.

Semoga HaeBi and HeeBum sihat-sihat je selalu and takde dapat penyakit teruk.. amin....

Luv,
Eomma :3


08 July 2011

Kucing pun kena pergi klinik tau..


Bukan manusia je yang kena pergi klinik, kene makan ubat, kene cucuk masa kecik-kecik..
Kucing pun sama jugak tau.. Anjing.. erk.. haiwan yang lain-lain me x sure la plak.. hehe.. :P

Hari ini.. Eomma bawak Hae Bi pergi cucuk vaksin.. Sebelum umur Hae Bi masuk 3 bulan.. jadi hantar dia vaksin yang pertama.. lepas ni... kena bawak cucuk vaksin kedua lepas sebulan.. lepastu cucuk vaksin yang ketiga pulak.. selepas 1 tahun.. :)

Masa ni dia tak tahu lagi nak kene cucuk.. maka nya, seronok2 je dia sebab dapat naik kereta.. hihi..




Dekat Vet.. Eomma bawak pergi vet kerajaan.. tak mahal pun cucuk vaksin ni.. Harga cucuk vaksin seekor kucing adalah RM 20..

Bagus cucuk vaksin untuk kucing tau.. Nanti diorang susah dapat penyakit.. Nanti kalau kene penyakit yang teruk-teruk tu nanti.. lagi sian.. baik bawak siap-siap vaksin.. dari kecil..

Kat Vet tadi pun ramai.. Alhamdulillah.. ramai dah penjaga-penjaga haiwan ni dah lebih ambil berat pasal kesihatan pet masing-masing...

Meh baca dan tambah ilmu tentang penjagaan kucing :)

Pernah dengar VAKSIN? Ok! begini.. vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

Biasanya kucing yang berumur 8 - 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.

Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu

Pemeriksaan umum
Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu

Pemeriksaan umum
Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu

Pemeriksaan umum
Vaksinasi Rabies
Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.

Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :

1. Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
2. Rhinotracheitis dan Calicivirus
3. Chlamydia
4. Feline Leukemia
5. Rabies.

Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.

Hee Bum, Eomma dah bawak untuk 2 vaksin kat atas tu.. yang belom lagi adalah yang selepas setahun tu.. hehe.. nanti bulan Septembar pulak baru bawak Hee Bum.. :D





ini budak merajuk sebab kena cucuk... hehe.. ala bukan sakit pun.. die tak nangis pon masa kene cucuk..
just terkejut sikit je.. saja je mengada lebih nak merajuk-merajuk..
pandang kamera pun dah tak nak.. hehe

Apa lagi kawan-kawan.. jom kita semua pergi Vaksin kucing :)