Lets Search ^^

08 July 2011

Kucing pun kena pergi klinik tau..


Bukan manusia je yang kena pergi klinik, kene makan ubat, kene cucuk masa kecik-kecik..
Kucing pun sama jugak tau.. Anjing.. erk.. haiwan yang lain-lain me x sure la plak.. hehe.. :P

Hari ini.. Eomma bawak Hae Bi pergi cucuk vaksin.. Sebelum umur Hae Bi masuk 3 bulan.. jadi hantar dia vaksin yang pertama.. lepas ni... kena bawak cucuk vaksin kedua lepas sebulan.. lepastu cucuk vaksin yang ketiga pulak.. selepas 1 tahun.. :)

Masa ni dia tak tahu lagi nak kene cucuk.. maka nya, seronok2 je dia sebab dapat naik kereta.. hihi..




Dekat Vet.. Eomma bawak pergi vet kerajaan.. tak mahal pun cucuk vaksin ni.. Harga cucuk vaksin seekor kucing adalah RM 20..

Bagus cucuk vaksin untuk kucing tau.. Nanti diorang susah dapat penyakit.. Nanti kalau kene penyakit yang teruk-teruk tu nanti.. lagi sian.. baik bawak siap-siap vaksin.. dari kecil..

Kat Vet tadi pun ramai.. Alhamdulillah.. ramai dah penjaga-penjaga haiwan ni dah lebih ambil berat pasal kesihatan pet masing-masing...

Meh baca dan tambah ilmu tentang penjagaan kucing :)

Pernah dengar VAKSIN? Ok! begini.. vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.

Biasanya kucing yang berumur 8 - 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.

Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu

Pemeriksaan umum
Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu

Pemeriksaan umum
Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu

Pemeriksaan umum
Vaksinasi Rabies
Selepas itu bolehlah anda membawa kucing peliharaan anda setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkitioleh pelbagai jenis penyakit.

Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies.

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :

1. Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
2. Rhinotracheitis dan Calicivirus
3. Chlamydia
4. Feline Leukemia
5. Rabies.

Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.

Hee Bum, Eomma dah bawak untuk 2 vaksin kat atas tu.. yang belom lagi adalah yang selepas setahun tu.. hehe.. nanti bulan Septembar pulak baru bawak Hee Bum.. :D





ini budak merajuk sebab kena cucuk... hehe.. ala bukan sakit pun.. die tak nangis pon masa kene cucuk..
just terkejut sikit je.. saja je mengada lebih nak merajuk-merajuk..
pandang kamera pun dah tak nak.. hehe

Apa lagi kawan-kawan.. jom kita semua pergi Vaksin kucing :)



9 comments:

meowwmania said...

alolo cian dia hehe...

Nazifa M.Zali said...

cian haebi kene inject :(

yahaya said...

comelnya kucing...

AshaNazal said...

comel je...=)

nuranne said...

Suka dengan info ni sis. Apa kata kalau ada episod ke Vet lagi sis kongsi juga harga2 atau kos yang diperlukan. Susah mau dapat info pasal budget bawa pet ke Vet ni. ^^

bitterfield said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

mmm...bleh saya tahu....kat klinik mana awak bawa kucing awak....saya pun nak bawa kucing saya jugak....

Me ? Hana said...

Nak tnye blh, vet kerajaan ade kt cawangan mne ?

* HeeBum and HaeBi * said...

hi.. sorry lmbt reply..
vet ni dkt ipoh... dkt area jpj.. :D